Kerja Rumah Tahun 3 (2012)

1 Julai 2012

Tuliskan sebuah karangan berpandukan gambar yang diberikan. Panjang karangan anda tidak kurang daripada 60 patah perkataan.

Gunakan buku penulisan atau buku BM Komputer.

__________________soalan tamat _________________

29.6.2012

Kata Hubung

Isi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai

1. Ziana Zain bukan sahaja bersuara merdu _____________ pandai berkomunikasi dengan penonton.

2. Adnan tidak mahu meneruskan persekolahannya ____________ dia sudah tidak berminat lagi untuk belajar.

3. Orang tua itu terpaksa menjadi penghuni rumah kebajikan ___________ anak-anaknya berjawatan tinggi.

4. Kami sekeluarga akan pulang ke kampung ___________ tibanya hari raya nanti.

5. ____________ kehidupan Arjun mewah ___________dia ketandusan kasih sayang mama dan papanya.

6. Bengkak di pipi Azdi ___________hari_________besar dan bernanah.

7. Adik menonton televisyen __________minum susu.

8. Ezani terbabas _____________cuba memotong lori tangki itu.

9. Maria _________Mariana telah berkawan rapat semenjak kecil lagi.

10. Syura bukan sahaja cantik ______________sopan tutur bicaranya.

11. Chris tetap meneruskan perusahaan pasu itu ______________beliau pernah mengalami kerugian.

12. Zaidi tidak pernah menghubungi saya ____________ berada di Kanada.

13. Dang Wangi berpaling __________berkata,"Cukup sampai di sini saja pertemuan kita."

14. Awak mesti membuat pilihan. saya ____________dia.

15. Dayana membeli rantai ____________ adiknya membeli cincin.

Salin soalan tatabahasa ini dalam buku BM 3.

_________________soalan tamat _______________

12.5. 2012.

Baca pantun di bawah, Kemudian jawab soalan berikutnya.

Pergi ke sungai membawa joran
Joran dibawa untuk memancing
Tolong menolong sesama jiran
Berat sama dipikul ringan sama dijinjing.

Berhenti sebentar membeli durian
Durian dimasak sehingga pekat
Bersatu padu dijadikan amalan
Hidup muafakat membawa berkat

Mekar sungguh si bunga dedap
Harum mewangi bunga seroja
Ramah mesra harus diterap
Hidup bahagia aman sentosa

Bermain buaian di pohon sena
Perdu sena tempat berehat
Ramah mesra, prihatin, dan kerjasama
Kampung aman masyarakat selamat

Merpati putih hinggap di dahan
Dahan rapuh dipijak patah
Semangat kejiranan jangan abaikan
Bangsa teguh masyarakat muhibbah

Budak-budak bermain pantai
Pandai melompat pandai berlari
Biar buruk kain dipakai
Hidup berjiran mesti berbudi.

Jawab soalan-soalan di bawah ini.

1.Berikan maksud "berat sama dipikul ringan sama dijinjing".

2.Apakah amalan yang diperlukan supaya hidup bermuafakat?

3. Mengapakah kita harus bersikap ramah mesra?

4. Bagaimanakah cara membentuk bangsa yang teguh?

5.Senaraikan amalan mulia yang terdapat dalam pantun di atas dalam bentuk peta pemikiran yang sesuai.

6. Dengan menggunakan peta pemikiran yang sesuai, cari lawan kata-kata yang berhuruf tebal dalam pantun di atas.

Salin pantun ke dalam buku Kefahaman dan jawab soalan-soalan yang diberikan.

Huraian Sukatan Pelajaran

UNIT 12, CERITA TELADAN,


a)Cerita Rakyat dalam Negara
b) Cerita Haiwan
c) Cerita Rakyat luar Negara
Objektif:
Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
1. Bercerita dengan menggunakan sebutan, intonasi dan gaya penyampaian yang sesuai.
2. Menyatakan makna perkataan, frasa dan ayat.
3. Menulis karangan dengan betul.
4. Membaca lancar dan memberikan penjelasan tentang perkara yang dibaca.
5. Menjelaskan pengajaran yang terdapat dalam teks.
6. Memindahkan ayat penyata kepada ayat pasif dan sebaliknya.
7. Menyenaraikan isi dan idea yang terdapat dalam teks.
8. Menulis ringkasan berdasarkan teks yang dibaca.
9. Memilih peribahasa yang sesuai berdasarkan teks.
Hasil pembelajaran:
Fokus Utama:
5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar, serta memahami perkara yang dibaca.
Fokus Sampingan:
2.1 Bercerita dengan menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas.
9.2 Mengenal pasti maklumat dan mencatat nota daripada bahan yang didengar atau dibaca.
10.1 Menghasilkan penulisan pelbagai genre (prosa dan puisi) termasuk e-mel yang mudah, menarik dan bermakna.