26 October 2011

Teka-teki

Kalau Tuan pergi ke kedai
Belikan saya buah keranji
Kalau tuan bijak pandai
Apa binatang keris di kaki?
Jawapan : __________________

Ada sebiji roda pedati
Bentuknya bulat daripada besi
Bila bermain diikat sekuat hati
Dilempar hidup dipegang mati?
Jawapan : __________________

Burung nuri burung dara
Terbang ke sisi taman kayangan
Cubalah teka wahai saudara
Semakin diisi makin ringan?
Jawapan : __________________

Jika tuan membeli tikar
Tikar anyaman dari mengkuang
Kalau Tuan bijak pintar
Ular apa membelit pinggang?
Jawapan : __________________

Masak tumis sambal petai
Makan kenyang sambil sendawa
Anda menziarah sahabat handai
Buah apakah yang akan dibawa?
Jawapan : ___________________

Rantai Emas

Informasi Blog

24 October 2011

Mulut yang cemburu


Mulut selalu cemburu terhadap apa-apa yang tidak disenanginya. Pada suatu hari, mulut iri hati akan mata. Kata mulut,"Bukankah tuan sudah mempunyai mulut? Mengapakah tuan memerlukan mata lagi?"
Mata dengan marahnya berkata, " Ini disebabkan tuan ingin melihat dunia ini dan mengelakkan kamu mengata-ngata." "Jika begitu, bagaimanakah pula dengan telinga?" mulut masih tidak puas hati. "Ini kerana tuan ingin mendengar pendapat ramai untuk mengelakkan kamu bercakap banyak,"jawab telinga dengan marah.
"Mengapakah kamu semua berpasangan? Apakah pula kegunaan sepasang tangan?" mulut tanya lagi. Tangan pun menjawab, "Haha, aku berperanan untuk banyak bekerja, mengurangkan percakapan kosong." Hidung dengan tidak sabarnya berkata, "Seperti kamu, walaupun hanya satu,tapi kami berasa kamu memang menyusahkan."
Akhirnya, mulut berasa malu dan tidak berani bercakap lagi.
(Teman Pintar 14/2007)

TUGASAN (Kemahiran Berfikir)

Berdasarkan petikan senaraikan semua maklumat yang kamu tahu tentang mulut. Gunakan peta minda (Circle Map) dalam menyenaraikan maklumat tersebut.

Rusa dan Tanduknya


Pada suatu hari, seekor rusa sedang bermain-main di tepi kolam yang sangat jernih airnya. Rusa itu berasa gembira apabila terpandang bayang yang terpancul di atas permukaan air kolam itu. Ia berasa amat bangga melihat rupa yang begitu cantik. Kulit badan juga kelihatan bersinar.
Rusa itu paling suka akan tanduk yang besar dan cantik. Ia memandang tanduk daripada pelbagai sudut tanpa berasa jemu. Tiba-tiba, rusa itu ternampak keempat-empat batang kaki yang kurus seperti kayu. Ia berasa kaki itu sangat hodoh. Rusa itu pun berfikir dalam hati: Mengapakah Tuhan mengurniakan aku tanduk yang cantik tetapi tidak memberi kaki yang sepadan dengan tandukku? Memang tidak adil! Aku juga ingin mempunyai empat batang kaki yang kuat dan cantik!.
Pada masa yang sama, seekor singa yang kebetulan lalu di situ ternampak rusa itu. Singa itu menghampiri dan ingin membaham rusa itu. Rusa itu amat terkejut lalu terus melarikan diri dengan keempat-empat batang kaki yang panjang.
Rusa itu terus melompat ke seberang sungai. Namun malang nasib, apabila rusa itu ingin meredah belukar, tanduknya tersangkut pada dahan pokok. Walaupun rusa itu cuba sedaya upaya melepaskan diri tetapi tidak berjaya. Singa itu semakin mendekati rusa. Air mata rusa jatuh menitis ke kulit badannya yang cantik itu. Dengan penuh sesal,lalu berkata dalam hati: Rupa-rupanya, hanya kaki yang hodoh berupaya menyelamatkan aku! Sebaliknya, tanduk yang cantik ini telah menyusahkan aku!.
(Teman Pintar 07/2008)

TUGASAN (Kemahiran Berfikir)

1. Bina peta minda untuk mengambarkan struktur badan rusa dan struktur badan singa. Gunakan peta minda (Brace Map).
2. Berpandukan cerita di atas,nyatakan kronologi kejadian menggunakan peta minda (Flow Map).

Video 9 (Si Tanggang)


SUMBER : http://youtu.be/RGpJptVJJvM

TUGASAN:
1. Ceritakan semula cerita di atas dengan ringkas.
2. Apakah pengajaran yang terdapat dalam cerita di atas?
3. Berikan makna perkataan ini.
a. derhaka
b. belayar
c. hina

CADANGAN PENGAJARAN:
Set Induksi : Perkenalkan beberapa buah buku cerita teladan(sesi soal-jawab).
Langkah pengajaran:
1. Mainkan video
2. Selesaikan tugasan yang terdapat di bawah video secara lisan.
3.Latihan bertulis berkaitan cerita.(boleh gunakan latihan isi tempat kosong atau membina ayat mudah).
Penutup: Penegasan nilai murni.

Contoh Latihan

23 October 2011

Video 8 (Arnab dan kura-kura)


SUMBER : http://youtu.be/Z8vTdP_KS1I

TUGASAN :
Jawab soalan di bawah berpandukan cerita di atas.
1. Apakah nama haiwan yang terdapat dalam cerita di atas?
2. Mengapakah mereka berlumba?
3. Siapakah yang memenangi perlumbaan itu?
4. Apakah pengajaran yang terdapat dalam cerita tersebut?

CADANGAN PENGAJARAN:
Set Induksi : Tunjukkan gambar haiwan-haiwan yang biasa digunakan dalam cerita-cerita haiwan.(soal-jawab).
Langkah pengajaran:
1. Mainkan video
2. Selesaikan tugasan yang terdapat di bawah video secara lisan.
3.Latihan bertulis berkaitan cerita.(boleh gunakan latihan peta minda membandingbeza sikap haiwan) Double Bubble Map.
Penutup: Penegasan nilai murni.

21 October 2011

Video 7 (Si cak & Si pot)



SUMBER : http://youtu.be/n5I6zvCajYU

TUGASAN :
1. Tuliskan nilai murni yang terdapat dalam video ini.

CADANGAN PENGAJARAN:
Set Induksi : Perkenalkan beberapa buah buku cerita teladan(sesi soal-jawab).
Langkah pengajaran:
1. Mainkan video
2. Selesaikan tugasan yang terdapat di bawah video secara lisan.
3. Latihan bertulis berkaitan cerita.(boleh gunakan latihan menulis sambungan cerita).
Penutup: Nilai murni.

Video 6 (Kura-kura dan pelanduk)


SUMBER : http://youtu.be/S_n4dW1226M

TUGASAN :
Cari pengajaran yang terdapat dalam cerita di atas.

CADANGAN PENGAJARAN:
Set Induksi : Nyanyian lagu haiwan
Langkah pengajaran:
1. Mainkan video
2. Selesaikan tugasan yang terdapat di bawah video secara lisan.
3. Latihan bertulis berkaitan cerita.Buat peta minda bagi mengambarkan sifat-sifat haiwan tersebut. (Bubble Map)
Penutup: Penegasan nilai murni.

19 October 2011

Angsa yang pintar



Pada zaman dahulu, tinggal sekawan angsa putih yang besar.Setiap hari, angsa-angsa ini akan mengikut tuan mereka ke sebatang sungai untuk berenang dan bermain.

Pada suatu hari, tuan angsa terpaksa meninggalkan angsa-angsa di sungai itu kerana perlu pulang ke rumah untuk menyelesaikan suatu perkara yang penting.

Sebaik sahaja tuan angsa meninggalkan tempat itu, datang pula seekor serigala. Serigala itu berasa sungguh gembira apabila melihat begitu banyak angsa. Serigala itu mendekati sungai itu sambil berfikir : aku boleh makan sepuas-puasnya hari ini.

"Tuan kita tiada di sini. Kita perlu mencari jalan untuk menghubungi tuan kita itu dengan segera", kata angsa-angsa itu dengan perasaan cemas.

Pada masa itu, seekor angsa yang pintar berjalan di tebing sungai lalu berkata, "Encik serigala,aku pernah terdengar khabar mengatakan kamu memiliki suara yang sangat merdu. Sebelum aku menjadi makanan kamu, bolehkah aku mendengar nyanyian kamu?".

Selepas mendengar kata-kata angsa itu, serigala berasa gembira lalu berkata, "Tentulah boleh". Serigala itu terus menyanyi dengan kuat. Tuan angsa yang mendengar jeritan serigala itu, bergegas lari ke sungai itu dengan membawa sebatang kayu. Serigala itu segera memberhentikan nyanyiannya lalu melarikan diri dari situ.

Pengajaran:
1. Kita perlulah berhati-hati apabila tiada orang yang menjaga keselamatan kita.
2. Sikap bantu-membantu perlulah diamalkan agar hidup kita sejahtera.
3. Jangan meninggalkan harta kita merata-rata tanpa pengawasan

TUGASAN (Kemahiran Berfikir)
Berdasarkan cerita di atas, senaraikan persamaan dan perbezaan yang didapati di antara angsa dan serigala. Gunakan peta minda (Double Bubble Map) bagi mengambarkannya.

Sang Kambing Yang Bijak

Baca cerita di bawah. Kemudian, jelaskan pengajaran yang terdapat dalam teks.

Seekor serigala yang kelaparan sedang mencari makanan di sebidang
padang yang luas. Tiba-tiba,Sang Serigala ternampak sekawan kambing
sedang meragut rumput di tepi padang. Sang Serigala segera menerkam
kawanan kambing tanpa ragu-ragu kerana terlalu lapar.
Anjing ternakan menyedari kawanan kambing diserang oleh Sang
Serigala dan mempertahankan keselamatan kambing-kambing tersebut. Sang Serigala terpaksa melarikan diri demi keselamatannya.Dia meninggalkan tempat itu dengan kecewa.
Sang Serigala terlantar di tepi sungai kerana mengalami cedera parah. Ia
berasa dahaga dan teringin sekali minum air. Tetapi Sang Serigala tidak
bermaya bangun untuk mendapatkan air. Pada ketika itu,seekor kambing
mendekati Sang Serigala yang sedang nyawa-nyawa ikan. Sang Serigala yang licik segera mendapat akal.
Sang Serigala menunjukkan wajah hiba-hiba untuk mendapatkan bantuan
kambing itu. ”Hai,Sang Kambing yang dihormati,tolong dapatkan air untuk
saya,saya amat dahaga.Dengan bantuan kamu,barulah saya bermaya untuk mencari makanan dan tidak mati kebuluran di sini,”Sang Serigala meminta bantuan daripada Sang Kambing.
Sang Kambing meninjau Sang Serigala dari jauh. Sang Kambing
menyedari Sang Serigala itu mengancam nyawa mereka selama
ini. Kebanyakan ahli keluarganya terkorban dimakannya. ”Kalau saya membantu kamu,maka saya akan jadi buruan kamu nanti.”ujar Sang Kambing kepada Sang Serigala lalu meninggalkan tempat itu.

Pengajaran yang terdapat dalam teks.
1. Kalau kita selalu tamak, kita akan mendapat kerugian.
2. Janganlah kita sesekali bersimpati terhadap musuh kita.Kita harus sentiasa berwaspada untuk mempertahankan keselamatan diri sendiri.
(TEMAN PINTAR - 05/2008)

TUGASAN (Kemahiran Berfikir)

Berdasarkan cerita di atas, susun semula kejadian yang berlaku dengan menggunakan peta minda (Flow Map).

17 October 2011

Video 5 (Anjing dengan bayang-bayang)


SUMBER : http://youtu.be/fNB_ujMpcVI

TUGASAN:
Jawab soalan-soalan di bawah.
1. Apakah makanan kegemaran anjing?
2. Bagaimanakah anjing itu mendapatkan tulang?
3. Apakah yang dilihat oleh anjing di dalam sungai itu?
4. Mengapakah tulang itu terjatuh ke dalam sungai?
5. Apakah nilai murni yang terdapat dalam cerita tersebut?

CADANGAN PENGAJARAN:
Set Induksi : Perkenalkan beberapa buah buku cerita teladan(sesi soal-jawab).
Langkah pengajaran:
1. Mainkan video
2. Selesaikan tugasan yang terdapat di bawah video secara lisan.
3. Latihan bertulis berkaitan cerita.(boleh gunakan latihan isi tempat kosong atau membina ayat mudah atau bina peta minda berkaitan kejadian yang berlaku.(Flow Map))
Penutup: Penegasan nilai murni.

Video 4 (Batu belah batu bertangkup)


SUMBER : http://youtu.be/wUf_N0oBRFE

TUGASAN:
Bina peta minda mengambarkan kejadian yang berlaku. (Flow Map)

CADANGAN PENGAJARAN:
Set Induksi : Tunjukkan gambar permandangan di kawasan pergunungan.(sesi soal-jawab).
Langkah pengajaran:
1. Mainkan video
2. Selesaikan tugasan yang terdapat di bawah video secara lisan.
3. Lakonkan semula cerita berdasarkan peta minda yang dibina.
Penutup: Penegasan nilai murni.

Video 3 (Singa yang haloba)


SUMBER : http://youtu.be/6cKaNYIAkK0

TUGASAN:
Tulis ringkasan cerita bagi video di atas.

CADANGAN PENGAJARAN:
Set Induksi : Perkenalkan beberapa buah buku cerita teladan(sesi soal-jawab).
Langkah pengajaran:
1. Mainkan video
2. Tuliskan peta minda berkaitan sifat-sifat singa. (Bubble Map)
3. Selesaikan tugasan yang terdapat di bawah video.
Penutup: Penegasan nilai murni.

Video 2 (Jangan....... monyet)


Sumber : http://youtu.be/SGxAhX9u840

TUGASAN:
Terdapat beberapa nilai murni di dalam video ini. Senaraikan nilai-nilai murni tersebut dalam bentuk peta minda. (Circle Map)

CADANGAN PENGAJARAN:
Set Induksi : Tunjukkan gambar-gambar haiwan.(soal-jawab).
Langkah pengajaran:
1. Mainkan video
2. Selesaikan tugasan yang terdapat di bawah video secara berkumpulan.
3. Latihan bertulis berkaitan cerita.(Boleh gunakan latihan isi tempat kosong atau membina ayat mudah).
Penutup: Penegasan nilai murni.

Video 1 (Budi baik dibalas baik)


SUMBER : http://youtu.be/DUIZuGWiyd0

TUGASAN :
Senaraikan pengajaran yang terdapat dalam video di atas dalam bentuk peta minda. (sebab dan akibat: Multi Flow Map)

CADANGAN PENGAJARAN:
Set Induksi : Nyanyian lagu nasihat.
Langkah pengajaran:
1. Mainkan video
2. Selesaikan tugasan yang terdapat di bawah video secara berkumpulan.
3. Latihan bertulis berkaitan cerita. (Bina ayat atau karang sebuah cerita berdasarkan tajuk yang sama)
Penutup: Penegasan nilai murni.

05 October 2011

Lagu Buatmu Ibu


Anai-anai dengan Gergasi


Di sebuah busut, tinggal beribu-ribu ekor anai-anai. Anai-anai itu dipimpin oleh Raja Anai-anai. Raja Anai-anai sangat adil. Baginda disayangi oleh rakyatnya.
Suatu hari, Raja Anai-anai ditangkap oleh gergasi. Ratu Anai-anai sangat sedih. Beberapa ekor anai-anai berusaha menyelamatkan raja mereka.
" Aku akan membebaskan raja kamu jika kamu dapat membina sebuah istana. Istana itu mesti disiapkan dalam masa sepuluh hari," kata gergasi itu.
Anai-anai itu pun pulang. Mereka memberitahukan permintaan tersebut kepada Ratu Anai-anai.
"Sanggupkah kalian membina istana itu?" tanya Ratu Anai-anai.
"Kami sanggup, tuanku," jawab semua anai-anai.
Sejak hari itu, anai-anai mula bekerja. Mereka memeras keringat siang dan malam.
Gergasi datang melihat anai-anai bekerja. Gergasi memandang rendah terhadap mereka.
"Jangan melakukan kerja yang sia-sia. Tidak mungkin kamu dapat menyiapkan istana itu dalam masa sepuluh hari," katanya sambil ketawa.
Anai-anai tidak menghiraukan kata-kata gergasi itu. Mereka terus bekerja.
Pada hari kesepuluh, gergasi datang menemui Ratu Anai-anai. Alangkah terkejutnya gergasi apabila melihat sebuah istana tersergam indah. Gergasi pun membebaskan Raja Anai-anai seperti yang dijanjikan. Semua anai-anai berbesar hati. Berkat kerajinan, mereka dapat menyelamatkan Raja Anai-anai.
Pengajaran:
1. Jangan memandang rendah akan kelemahan yang dimiliki oleh orang lain.
2. Kita haruslah berpegang pada janji. Jika kita berjanji kita harus tepati.
3. Rajin dan usaha akan membuahkan hasil.
4. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

TUGASAN (Kemahiran berfikir)

Cerita di atas memaparkan dua watak utama yang mempunyai sifat yang berbeza. Dengan menggunakan peta minda (Double Bubble Map), senaraikan persamaan dan perbezaan sikap tersebut.

Huraian Sukatan Pelajaran

UNIT 12, CERITA TELADAN,


a)Cerita Rakyat dalam Negara
b) Cerita Haiwan
c) Cerita Rakyat luar Negara
Objektif:
Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
1. Bercerita dengan menggunakan sebutan, intonasi dan gaya penyampaian yang sesuai.
2. Menyatakan makna perkataan, frasa dan ayat.
3. Menulis karangan dengan betul.
4. Membaca lancar dan memberikan penjelasan tentang perkara yang dibaca.
5. Menjelaskan pengajaran yang terdapat dalam teks.
6. Memindahkan ayat penyata kepada ayat pasif dan sebaliknya.
7. Menyenaraikan isi dan idea yang terdapat dalam teks.
8. Menulis ringkasan berdasarkan teks yang dibaca.
9. Memilih peribahasa yang sesuai berdasarkan teks.
Hasil pembelajaran:
Fokus Utama:
5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar, serta memahami perkara yang dibaca.
Fokus Sampingan:
2.1 Bercerita dengan menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas.
9.2 Mengenal pasti maklumat dan mencatat nota daripada bahan yang didengar atau dibaca.
10.1 Menghasilkan penulisan pelbagai genre (prosa dan puisi) termasuk e-mel yang mudah, menarik dan bermakna.